Wednesday, May 6, 2009

KULIAH 3- TEORI PERUBAHAN

Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

Perubahan dalam pendidikan adalah tidak dapat dielakkan.
Perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan (Oliver,1996) di mana:
  • Perubahan kadangkala mewujudkan ketidakpastian
  • Dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika ia berlaku ia akan meruntuhksn masa depan generasi yang akan datang.
*JENIS PERUBAHAN.
Terdapat 4 jenis perubahan mengikut Dessler (1995) iaitu:

  1. Perubahan ke arah peningkatan
  2. Perubahan strategik organisasi
  3. Perubahan reaktif
  4. Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan ke arah peningkatan
  • Perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi.
  • Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
  • Memperkenalkan tekonologi baru
  • Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf.
Perubahan strategik organisasi
  • melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
  • -mendefinisikan semula peranan organisasi
  • -perubahan nilai teras organisasi
  • -pembentukan semula misi
  • -perubahan struktur dan strategi organisasi
  • -menddefinisikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran
Perubahan reaktif
  • berlaku akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholder)
  • -kepekaan pelanggan dan stakeholder terhadap isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
  • -perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.
Perubahan akibat daripada jangkaan
  • perubahan ini dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetatif . Antara sebab perubahan dilakukan adalah:
  1. persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
  2. persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
  3. penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
  4. persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
  5. perubahan dalam trend tenaga kerja
*Perubahan Adalah Kompleks*
-perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.
  • Evolusi- adalah perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Ia boleh meyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
  • Revolusi- adalah perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesa yang membinasakan.
-perubahan atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasikan perubahan.

*Perubahan itu Multidimensi*
-sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.
-antara pertimbangan adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.
-terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:
a)Tujuan Perubahan
-perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu.
-antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu
keadaan atau sistem.
-perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan
:
i) perubahan peringkat pertama:
*perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diiginkan
*perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu
tanpa mengubahnya.
ii) perubahan peringkat kedua:
*melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat,
kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot&Raybould,1998).

b)Unit Perubahan
-merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.
-unit-unit perubahan terdiri daripada:

  1. individu
  2. kumpulan/pasukan
  3. jabatan
  4. organisasi
  5. sistem organisasi
  6. komuniti
-dalam mengimplementasikan perubahan, unit perubahan akan berganjak daripada individu
(unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang lebis besar)

c) Sifat Perubahan
-Daft(1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar
(peringkat organisasi)




1 comment:

  1. hai dalila,pernah dgr produk MARYKAY?Lawat blog sy dan join as beauty consultant jika berminat yer

    ReplyDelete