Thursday, April 30, 2009

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan.Antaranya:
  • Dapat membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.
  • Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid
  • Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri
  • Guru adalah autoriti dalam bilik darjah masing-masing, maka kajian tindakan membantu mereka untuk mencuba pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu meningkatkan prestasi P&P dalam bilik darjah.
Pendekatan dalam kajian tindakan

Kajian tindakan adalah kajian berasaskan bilik darjah. Ia dilakukan secara sistematik untuk memudahkan kerja guru yang juga bertindak sebagai penyelidik. Kajian ini dilakukan dalam skala kecil iaitu di antara guru/penyelidik dengan pelajar dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang diajarnya. Kajian ini boleh dilakukan secara bersendirian tetapi lebih baik jika dilakukan secara berkumpulan. Kajian ini melibatkan penyelidik sendiri kerana pada akhirnya, dialah yang akan mengalami perubahan amalan pengajaran

MODEL-MODEL BAGI KAJIAN TINDAKAN

Terdapat beberapa model yang boleh digunakan di dalam sesuatu kajian tindakan di mana terdapat 4 langkah asas iaitu:

RANCANG - TINDAKAN - PEMERHATIAN - REFLEKSI

Antara contoh-contoh model di dalam kajian tindakan ialah:

MODEL KAJIAN TINDAKAN (KURT LEWIN)

Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui

  • Tajuk kajian
  • Latar belakang kajian
  • Fokus/isu/perkara yang membangkitkan/ingin melihat
  • Tindakan biasa/situasi isu sekarang/asal-usul perkara bacaan/tidak puas
  • Perancanagan/Rancangan Tindakan/ Pelan
  • Perlaksanaan rancangan/tindakan/eksperimen/semasa menjalankan tindakan
  • Perhatian/dapatan data kajian/kiraan statistik/huraian dapatan dalam jadual refleksi
  • perbincangan dapatan/isu-isu yang didapati/hasil sumbangan hasil
#Refleksi boleh wujud di mana-mana bahagian

MODEL KAJIAN TINDAKAN (STEPHEN KEMMIS)
Masalah tidak diketahui.Kenapa ia berlaku

  • Tajuk kajian
  • Latar belakang kajian
  • Folus/isu/perkara yang membangkitkan/ingin melihat
  • Rancangan/Rancangan tindakan/Pelan
  • Perlaksanaan rancangan/tindakan/eksperimen/
  • Refleksi
LINGKARAN 2

  • Perancangan/rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
  • Pelaksanaan/tindakan/ekperimen/semasa menjalankan tindakan
  • Perhatian/dapatan data kajian/kiraan statistik/huraian dapatan
  • Refleksi/perbincangandapatan/isu-isu yang dibaiki

MODEL KAJIAN TINDAKAN ( JOHN ELLIOT)
Tujuan: untuk membuktikan sesuatu teori atau model. Biasa digunakan oleh doktor
perubatan


  • Tajuk kajian
  • Latar belakang kajian
  • Kenalpasti idea/fokus/masalah kajian/teori
  • Tinjauan/cari fakta dan analisis kenyataan
  • Perancangan tindakan
Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
Tindakan 4

Huraikan semua hasil tindakan di atas pelaksanaan dan kesannya.

  • Refleksi: Huraian kejayaan


MODEL KAJIAN TINDAKAN ( EPRD)

  • Abstrak
  • Refleksi P&P
  • Isu keperihatinan/ fokus kajian
  • Objektif kajian
  • Objektif am
  • Objektif khusus
  • Kumpulan sasaran
  • Pelaksanaan kajian
  • Tinjauan masalah
  • Analisis tinjauan masalah
  • Tindakan yang dijalankan
  • Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian/penilaian
  • Pelaksanaan aktiviti 1 - pemerhatian refleksi
  • Pelaksanaan aktiviti 2 - pemerhatian refleksi
  • Refleksi kajian
  • Penilaian pencapaian tindakan
  • Rumusan hasil dapatan kajian
  • Refleksi proses P&P
  • Cadangan untuk kajian seterusnya.
Contoh-contoh model ini boleh digunakan untuk melakukan kajian tindakan dalam meningkatkan lagi mutu P&P di sekolah.



Tuesday, April 28, 2009

Kajian Tindakan dalam pembelajaran

Monday 20 April 2009

Apa itu tindakan/penyelidikan
-adalah proses atau langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data.

kajian tindakan adalah satu proses di mana guru meyelidik atau meneliti atau mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan pelajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk penambahbaikan sehingga mencapai keberkesanan ke atas proses p& p. sebelum melakukan kajian tindakan kita harus mengambil data terlebih dahulu, kemudian data akan diproses menjadi maklumat. Maklumat yang diperolehi akan diaplikasikan dan menjadi pengetahuan di mana berlaku penambahan pengetahuan dengan pengetahuan yang sedia ada.Peringkat yang tertinggi adalah hikmah.

Data-Maklumat-Pengetahuan-Hikmah

Mengapa sesuatu kajian itu penting kepada guru?
  • Menambah pengetahuan
  • Menambahbaikan amalan (praktis)
  • Mendebatkan sesuatu polisi
  • Membina kemahiran melakukan peyelidikan
Kajian tindakan adalah berbentuk kualitatif di mana kita mesti memproleh data mentah terlebih dahulu.
Terdapat 3 jenis kajian tindakan iaitu:
  1. Individu-tentang diri sendiri
  2. Kaloboratif-terdiri daripada 2 orang atau lebih
  3. Peringkat Sekolah-organisasi
  4. Peringkat daerah
Rekabentuk kajian tidakan adalah:
  • Rancang
  • Tindakan
  • Pemerhatian
  • Refleksi
Sesuatu kajian tindakan ini dibuat adalah untuk tujuan penambahbaikan bagi proses yang sedia ada bagi mendapat hasil yang terbaik teruatama dalam proses p&p.

Friday, April 24, 2009

first class

Monday-20 April 2009

Merupakan first lecture daripada Dr.Siti Fatimah. beliau menerangkan tentang kandungan subjek untuk Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Baru pulang dari Pangkor namun bersemangat datang ke kelas sebab ini adalah kelas pertama daripada Dr.Siti..
Beliau meminta semua pelajar untuk 'create' blog bagi subjek ini. Maka ini lah blog saya yang akan membincangkan tenteng isi kandungan pembelajaran bagi subjek ini...

First assingment adalah mengulas buku tentang kajian tindakan dalam pembelajaran..Tengah mencari buku yang sesuai..