Thursday, April 30, 2009

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan.Antaranya:
  • Dapat membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.
  • Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid
  • Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri
  • Guru adalah autoriti dalam bilik darjah masing-masing, maka kajian tindakan membantu mereka untuk mencuba pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu meningkatkan prestasi P&P dalam bilik darjah.
Pendekatan dalam kajian tindakan

Kajian tindakan adalah kajian berasaskan bilik darjah. Ia dilakukan secara sistematik untuk memudahkan kerja guru yang juga bertindak sebagai penyelidik. Kajian ini dilakukan dalam skala kecil iaitu di antara guru/penyelidik dengan pelajar dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang diajarnya. Kajian ini boleh dilakukan secara bersendirian tetapi lebih baik jika dilakukan secara berkumpulan. Kajian ini melibatkan penyelidik sendiri kerana pada akhirnya, dialah yang akan mengalami perubahan amalan pengajaran

No comments:

Post a Comment